Glass sheet yang telah dipasang di cermin
Tingkap dan pintu sliding telalu kosong?
Orang luar dapat melihat terus ke dalam rumah, kurang privasi?
Menutup langsir menjadikan rumah anda gelap,
Tetapi Sinaran matahari langsung ke dalam rumah menyebabkan rumah panas?
Glass sheet mungkin alternatif anda.
Glass sheet dibuat daripada plastik dan mempunyai pelbagai corak.
Cermin tingkap anda akan nampak lebih menarik .
Glass sheet juga boleh dipasang di mana cermin rata sebagai hiasan.
P/S Pada waktu malam anda di nasihatkan menutup langsir kerana cahaya di dalam rumah lebih terang dari luar rumah. Glass sheet bukanlah seperti langsir black out yang dapat menghalang seluruh cahaya dari melaluinya.
Pandangan dari luar rumah pada waktu malam
Cara memasangnya sangat mudah.
Bahan- bahan di perlukan:
Glass Sheet
Air/ air sabun
Bekas penyembur air
Pisau/ Cutter
Cara- Cara
Bersihkan permukaan cermin dari habuk dan kotoran.
Ukur Glass sheet untuk ditampal di cermin.
Semburkan air/air sabun ke permukaan cermin.
Buka pelekat di belakang glass sheet.
Tampalkan di cermin.
Ratakan glass sheet sehingga tiada gelembung udara kelihatan(boleh meratakan menggunakan kain atau apa-apa alatan bersesuaian) )
Potong mana-mana lebihan glass sheet supaya kemas.